Header Ads

Bekas ketua perisik MEIO mahu polis siasat dalang bocorkan surat CIA

Surat kepada CIA bertarikh 4 Mei 2018 dikatakan meminta AS menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jik BN menang PRU14.

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid mahu polis menyiasat dalang yang membocorkan isi kandungan sepucuk surat ditulisnya kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat pada 4 Mei lepas.

Hasanah berkata kandungan surat tersebut bukanlah satu perkara yang aneh dan jauh sekali sepucuk surat berbentuk derhaka kerana mandat MEIO adalah menjaga keselamatan negara.

Loading...


Beliau berkata kandungan surat tersebut adalah rahsia risikan yang tidak boleh dijadikan bahan polimik awam.

“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu telah menghancurkan keyakinan agensi perisikan luar negara dengan MEIO serta hubungan Malaysia dengan negara luar.

“Jika berlaku dengan sewenangnya maka sumber-sumber akan pupus dan kepercayaan terhadap kemantapan rahsia yang dipegang MEIO akan pudar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam beliau, Datuk Shaharudin Ali sejurus laporan dibuat di Balai Polis Travers di sini, hari ini.

Surat bertarikh 4 Mei itu dialamatkan kepada Pengarah CIA Gina Haspel, antara lain, dikatakan meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas walaupun dengan majoriti mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi. ― Bernama

No comments


Loading...