Header Ads

Barang Rampasan Milik Najib, Rosmah Diserah Kepada Amla


KUALA LUMPUR - Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman dijangka akan menerima barang rampasan 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Proses penyerahan itu akan diserahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Loading...


Menurut sumber, barang kes itu dalam proses penyerahan kepada Amla untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"Proses penyerahan itu memerlukan masa kerana ia melibatkan banyak peringkat.

"Kertas siasatan AMLATFPUAA 2001 telah dibuka dan barang yang telah selesai dikira akan diserahkan kepada Amla" katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut sumber itu lagi, buat masa sekarang tiada serbuan akan dibuat.

Terdahulu, Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya membuat siasatan bermula 21 Mei hingga 25 Jun lalu bagi proses pengiraan barang rampasan di enam premis iaitu di Pejabat Perdana Menteri, Seri Perdana, tiga kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang dan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Najib di Jalan Langgak Duta.

Amar Singh berkata, dalam 75 beg itu mengandungi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.

- Sinar Harian

No comments

Loading...