Header Ads

'Apa bukti saya kata SPR turunkan 'banner'?'


Calon BN Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bukti atas dakwaan beliau menyebut agensi itu telah menurunkan bahan kempennya.

Menurut Lokman, beliau hanya menyebut SPR mengarahkan pihaknya menurunkan kain rentang yang disifatkan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada pihak lain.

"SPR ini boleh tahan, tadi lepas kita bising mereka kata boleh teruskan dengan 'banner' yang kita dah naik. Mereka minta agar kita tak panjangkan hal ini.


Loading...

"Tapi keluar kenyataan macam ini kenapa pula, ini dah memfitnah. Dalam sidang media pagi tadi saya maklum SPR arah turunkan banner dan saya jawab saya takkan turunkan.

"Ini dah tuduh saya cakap SPR turunkan 'banner' apa cerita ya? Cara jawab ni macam nak tolong PH. Boleh bagi bukti saya kata SPR turunkan 'banner' BN?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Petang tadi, SPR mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Lokman bahawa SPR telah menurunkan bahan kempen BN di Dun Sungai Kandis.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam sidang media pagi tadi, Lokman mendakwa menerima arahan daripada wakil SPR melalui wakil calonnya agar BN menurunkan kain rentang bermesej yang dipasang di kawasan sekitar Dun Sungai Kandis.

Kain rentang tersebut disifatkan akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada pihak lain.

Namun beliau bertegas tidak akan menurunkan kain rentang tersebut dan menuntut SPR mengeluarkan arahan melalui surat rasmi.

"Apa yang kita tulis (pada kain rentang) itu tak ada sebarang unsur fitnah atau provokasi. Kain rentang yang digantung tak banyak pun, mereka nak kacau.

"Kenapa mereka (PH) dulu boleh tulis 'undi PH jika mahu GST dihapuskan', sekarang kita guna perkataan hampir sama, mereka kata tak selesa pula?," tanyanya.

Melalui program Facebook Live bersama Sinar Harian petang tadi pula Lokman mengesahkan pihaknya telah dihubungi SPR dan dibenarkan terus menggunakan kain rentang tersebut sebagai bahan kempen.

No comments


Loading...