Header Ads

Anwar Tawar Diri Bertanding Presiden PKR


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menawar diri bertanding  jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti berkenaan.

Loading...


"Dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR," katanya dalam kenyataan di Facebook dan Twitter.

"Insya-Allah  sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional Keadilan pada November 2018," kata Anwar.

Anwar menarik perhatian bahawa ketika ini terdapat  beberapa pandangan mengenai keperluan untuk beliau turun ke gelanggang mengemudi parti selaku Presiden menggantikan isterinya. - Bernama

No comments


Loading...