Anak Zahid Serah Hasil Derma Kepada Najib
KUALA LUMPUR — Anak presiden Umno Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi tampil bersuara dan menyatakan sokongan terhadap bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak.
Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang menghadiri majlis rumah
terbuka Najib di Jalan Langgak Duta di sini berkata kehadirannya bagi
menyerahkan hasil wang derma tabung 'Free Najib', lapor Projek MM.
Loading...
"Jika dahulu saya menjadi reformis jalanan untuk Datuk
Seri Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan dalam menuntut keadilan.
"Hari ini atas dasar kemanusiaan saya, suami dan madu
saya bersama-sama Wanita Umno ke kediaman Datuk Seri Najib Razak untuk
menyerahkan wang hasil kutipan Wanita Umno sebagai wang jaminan mahkamah.
"Semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban
yang ditanggung Datuk Seri Najib Razak sekeluarga," tulisnya dalam
Instagram.
Katanya selepas dua hari dilancarkan tabung Free Najib
berjaya mengumpul dana sebanyak RM254,000.
Post a Comment