Header Ads

Anak Perempuan Najib Tertekan, Akaun Dibeku Sukar Jalani Rawatan Kanser Tahap Empat


KUALA LUMPUR - Presiden baharu, Timbalan Presiden baharu malah Ketua Pemuda juga muka baharu namun bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim tetap mendakwa Umno adalah parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.

Alasan beliau, surat penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah memberi suatu penghakiman yang sahih yang masih belum diperoleh sehingga kini.

Memetik laporan Malaysiakini, Rais menganggap surat dari ROS tidak sah kecuali jika dibuat pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan perkara itu.

"Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih.

Loading...


"Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan adalah sah.

"Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS)," katanya.

Sebelum PRU14, Rais pernah berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya pada 19 April 2018 dan menasihatkan ahli Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan parti.

"Sebelum pemilihan baru-baru ini, kali terakhir Umno mengadakan pemilihan pada 19 Oktober 2013. Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.

"Sekiranya Fasal 10.16 itu dicabul, maka pemilihan tersebut juga tidak sah dan ia perlu dibawa ke mahkamah tinggi bagi mendapatkan keputusan berkaitan status Umno," jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Veteran Umno ini berkata, pemilihan Umno kali ini menunjukkan akar umbi parti berada dalam keadaan selesa lantas membuatkan mereka enggan berubah.

"Saya fikir bahagian tak nak berubah sebab mereka fikir dalam zon selesa jadi mereka tak nak keluar kepompong itu. Mereka nak setiap bulan dapat duit, ada duit ada kerja. Tak ada duit diam dulu.

"Ini bukan yang kita maksudkan ketua bahagian masa depan kita tak payah bayar duit. Dia kerja sukarelawan tapi ini tak ada. Dan parti politik yang tak ada ini akan hancur masa depannya,” katanya. KUALA LUMPUR: Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

Susulan itu, beliau berharap kerajaan yang ditunjangi Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser. Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

SPRM baru-baru ini membekukan akuan anak Najib iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa bagi melakukan siasatan terhadap penglibatan bekas Perdana Menteri itu dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Mohd. Nazifuddin memberitahu, sejak melakukan rawatan kimoterapi, kondisi Puteri Norlisa semakin baik dan menyebabkan tahap kanser yang dihadapinya menurun.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” ujarnya.

- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...