Header Ads

Amalkan nilai murni jayakan negara - Dr Mahathir

 PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas perhimpunan bulanan JPM di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Foto NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

TUN Dr Mahathir Mohamad mahu penjawat awam mengamalkan nilai mulia bagi menjayakan negara dan tidak menyalahguna kuasa dan amanah yang diberikan.

Perdana Menteri turut mengingatkan warga pentadbir supaya memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas bagi membolehkan pembangunan negara tercapai.

Loading...

“€œPentadbir dalam negara kita memang mempunyai kuasa untuk mencapai matlamat kita (kerajaan), jadi perlu bekerja dengan ikhlas dan tidak boleh menipu hanya semata-mata mahu matlamat tercapai.

“Perlu ada nilai hidup mulia, kerajinan, keikhlasan, beramanah dan berdisiplin. Tapi kadang-kadang kita terpesong apabila diberi peluang kita lupa kepada tugas.

“Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk perkaya diri kita, tapi jalankan tugas tertentu. Apabila kita seleweng, salah guna kuasa percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian.

“Kuasa bukan untuk perkayakan diri, keluarga atau sahabat handai, kuasa ada matlamat khusus untuk menjayakan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

No comments

Loading...