Header Ads

Aizat Amdan Kumpul Ucapan Hari Jadi Buat Tun Mahathir


PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan sedang dalam usaha mengumpul ucapan hari jadi kepada perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke-93 yang bakal disambut pada 10 Julai ini.

Aizat menerusi Instagram berkata, projek itu adalah sebagai hadiah istimewa buat Dr Mahathir dan menyeru semua masyarakat di negara ini sama-sama terlibat dengan membuat ucapan berbentuk video yang dimuat naik di Instagram atau pun InstaStory.

Loading...


"Ada beberapa hari lagi untuk hari jadi perdana menteri kita, Tun M! Jadi, Aizat nak minta semua orang buat ucapan hari jadi Tun Dr Mahathir berserta hastag #selamatharijaditunm dekat Instagram atau InstaStory.



"Aizat ada hadiah istimewa untuk Tun M sempena dengan hari kelahirannya nanti pada 10 Julai ini dan korang akan terlibat bersama-sama dengan Aizat. #harapanjadinyata," tulisnya.

Terdahulu, Aizat melancarkan single terbaharunya, Harapan Jadi Nyata yang diinspirasikan daripada falsafah kepimpinan, perjuangan serta perjalanan politik Dr Mahathir.

Lagu ciptaan bersama Anas Amdan itu, turut dihasilkan sebagai tanda penghormatan buat negarawan ulung tersebut selain hadiah bersempena ulang tahunnya nanti.

Harapan Jadi Nyata dihasilkan pada 2011 dan dirakamkan di Emil Berliner Studio, Berlin, Jerman.

- mStar Online

No comments