Header Ads

Ahmad Zahid Tiba Di Pejabat SPRM

BEKAS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung skandal 1MDB dan Yayasan miliknya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada 9.50 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes berasingan, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu semalam.

Loading...

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam itu tiba dengan kawalan daripada anggota SPRM.

Ahmad Zahid yang memakai baju batik berwarna oren kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan dan sempat melambai kepada media.

Difahamkan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Seawal 8 pagi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes yang membabitkan Ahmad Zahid.

Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.


Semalam beliau mengesahkan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung yayasan milik keluarganya.

No comments

Loading...