Header Ads

Agong rai artis dan penggiat seni dalam santapan petang

Para artis dan penggiat seni tanah air diundang ke majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhamad ke V, di Istana Negara pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Para artis dan penggiat seni tanah air melahirkan rasa bertuah kerana diundang ke majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhamad ke V, di Istana Negara pada Selasa.

Lebih 500 penggiat seni pelbagai latar belakang hadir pada majlis berkenaan yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, produser, pereka fesyen, aktivis seni serta usahawan.

Loading...

Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Seri Shah Rezza berkata, ia merupakan kali pertama baginda sultan meraikan golongan seni seperti mereka ini.

"Bagi pihak penggiat seni patik berterima kasih kepada Tuanku kerana sudi mencemar duli pada  majlis ini yang amat bererti buat kami semua.

"Penggiat seni terutama dari Kelantan juga turut berasa bangga atas peluang kali pertama ini " kata beliau.

Tambah Shah Rezza, beliau bersama pihak istana mengambil masa hanya tiga hari sahaja mengendalikan majlis ini.

Antara artis yang kelihatan ialah Fasha Sandha, Rozita Che Wan dan suami Zain Saidin, Fasha Sandha, Nourul Wahab, Ashraf Muslim, Datuk Hattan dan Ella.


Turut hadir ialah Ifa Raziah, Fazli Zainal, Dazrin Kamaruddin, Datuk Nash dan Yasmin Hamid.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Datuk Syafinaz Selamat dan acara dikir barat.

Pelakon Danny (X-Factor) dan Fizi (Hot FM) bertindak sebagai pengacara majlis.

No comments

Loading...