Header Ads

4 maut kereta langgar pokok

EMPAT maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk di Persiaran Setia Alam dari arah Plaza tol menghala ke Jalan Meru, Shah Alam, awal pagi hari ini. FOTO ihsan polis.

EMPAT maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu pemandu dalam keadaan mabuk di Persiaran Setia Alam dari arah plaza tol menghala ke Jalan Meru, Shah Alam, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 1.14 pagi itu, kereta Daihatsu dinaiki oleh lima orang termasuk dua adik beradik serta sepupu mereka terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok.

Loading...

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, seorang daripada lima mangsa yang menaiki kereta itu terselamat.

“Mangsa, N Zed Hezron, 18; K Gopalakrishnan, 20, (pemandu yang ditemui tersepit); M Kavineshan, 19, dan M Sashwin, 18, maut di tempat kejadian.

“Seorang lagi mangsa, M Roshan, 19, parah di bahagian belakang,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) untuk dibedah siasat.


Menurutnya, mangsa yang terselamat kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

No comments

Loading...