1MDB: SPRM Soal Siasat Anak Tiri Najib Esok
Riza Aziz
Anak tiri bekas perdana menteri, Riza Aziz dijangka hadir ke
ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk memberi
keterangan berkaitan skandal 1MDB.
"Itu yang kami dengar daripada pegawai tetapi waktu
belum ditentukan," kata sumber SPRM kepada Malaysiakini berhubung laporan
portal The Malaysian Insight tentang perkara itu.
Loading...
Seorang lagi sumber mengatakan Riza akan hadir ke ibu
pejabat SPRM pada pukul dua petang esok.
Riza merupakan ketua pegawai eksekutif Red Granite Pictures,
syarikat penerbitan filem yang didakwa mendanai sejumlah filem, antaranya The
Wolf of Wall Street, menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sejumlah
AS$64 juta yang diselewengkan daripada 1DMB telah dipindah kepada Red Granite.
Syarikat itu pula sebelum ini berkata pihaknya tidak tahu
menggunakan wang yang diselewengkan itu untuk filem mereka.
AS$64 juta itu sebahagian daripada AS$238 juta yang didakwa
diselewengkan daripada 1MDB yang dipercayai DOJ telah dipindahkan ke akaun yang
dikawal Riza.
Riza juga dituduh menggunakan wang itu untuk membeli
hartanah mewah daripada ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low.
DOJ turut mendakwa Riza mengatakan AS$94 juta wang 1MDB yang
diterimanya adalah "hadiah".
SPRM dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB telah mengambil
keterangan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Post a Comment