Header Ads

1MDB: 408 Akaun Bank Melibatkan RM1.1b Dibekukan


PUTRAJAYA - Sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun milik individu, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibekukan oleh Pasukan Khas 1MDB.

Dalam kenyataannya, Pasukan Khas itu berkata, akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.

Loading...


“Akaun-akaun tersebut dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB yang melibatkan hampir 900 transaksi dibuat antara Mac 2011 dan September 2015,” katanya.

Menurutnya, pembekuan itu dibuat pada 26 dan 27 Jun lalu.

Pasukan Petugas Khas 1MDB kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti tahap pembabitan pihak-pihak terbabit.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dengan berlaku adil kepada semua pihak,” katanya.

Pasukan Petugas Khas 1MDB juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas ini.

“Kesemua akaun dibekukan mengikut peruntukan undang-undang negara ini sebagaimana lazimnya dilakukan. Oleh itu, tidak timbul isu tindakan membekukan akaun diambil untuk menganiaya mana-mana pihak,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...