Header Ads

'Zulfarhan nafi ke bilik komputer riba hilang'

Gambar kenangan Zulfarhan

Kuala Lumpur: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pernah disoal rakannya berhubung kehilangan komputer riba milik seorang lagi rakan mereka.

Loading...

Penuntut tahun tiga Jurusan Perubatan UPNM, S Hari Krishna Rao, 22, berkata, dia turut menyoal Zulfarhan Osman mengenai kehilangan komputer riba milik Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang kemudian dicamkan sebagai tertuduh pertama dalam kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Menurutnya, ‘soal siasat’ itu dilakukan di bilik asrama bernombor 3-05 pada awal pagi, 21 Mei tahun lalu.

“Hairi (Muhammad Akmal Zuhairi) beritahu saya, suspek iaitu Zulfarhan ambil komputer riba dia. Selepas itu kami ke bilik Zulfarhan di bilik 3-06.

“Ketika masuk ke bilik itu, saya bertanya pada seorang penghuni bilik berkenaan di mana Zulfarhan, penghuni itu kata dia tidur lalu kami pulang semula ke bilik 3-05. Tidak lama kemudian Zulfarhan datang ke bilik 3-05 selepas dipanggil Hairi.

“Saya tanya Zulfarhan jika ada pergi ke bilik 4-10 iaitu bilik Hairi kerana komputer riba hilang di bilik berkenaan namun dia cakap tidak. Saya tanya soalan sama sekali lagi dan dia masih menjawab tidak,” kata saksi pendakwaan ke-20 itu pada hari ke-10 prosiding perbicaraan kes kematian Zulfarhan.


Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah mengapa dia menyoal Zulfarhan, Hari Krishna berkata, ia berikutan Muhammad Akmal Zuhairi memberitahunya, Zulfarhan adalah suspek yang mengambil komputer ribanya.

No comments

Loading...