Header Ads

Zahid Dakwa SPRM Beku Akaun Bank Umno


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang memangku tugas presiden Umno, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank ibu pejabat Umno dan Umno Selangor.

Zahid berkata beliau menerima panggilan telefon dari SPRM yang memaklumkan tindakan itu, lapor The Star.


Loading...
“Hampir pasti selepas ini SPRM akan bekukan akaun Umno Johor juga,” beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis hari raya di Johor Bahru hari ini.

Zahid juga berkata tidak mustahil Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Umno.

No comments

Loading...