Header Ads

Zahid Akan Buktikan Wang Milik UMNO Sah


KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
Pemangku Presiden itu turut berikrar, selagi memimpin UMNO, dia akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.

Loading...

Berikut kenyataan penuh Ahmad Zahid:
1. UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun bank ibu pejabat UMNO dan akaun lain.
2. Sebagai Pemangku Presiden, saya berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
3. Selagi memimpin UMNO, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
4. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.

5. Saya berharap semua ahli UMNO akan bersama-sama saya untuk memastikan UMNO terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.
6. Di bawah kepimpinan saya kelak, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...