Header Ads

Yeo Bee Yin, Syed Saddiq Dilantik Menteri Muda, Lapor Akhbar


Dua wakil rakyat muda Yeo Bee Yin dan Syed Saddiq Abdul Rahman disebut-sebut akan menganggotai kabinet kerajaan.

Yeo, 35, dikatakan akan dilantik sebagai menteri tenaga, teknologi hijau dan air, lapor The Star.

Manakala Syed Saddiq, 25, dilaporkan terpilih untuk jawatan menteri belia dan sukan.

Loading...


Nama mereka didakwa berada dalam senarai yang diserah Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mohamad V, baru-baru ini.

Selain mereka, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan mengisi posisi selaku menteri luar negeri dan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna.

Sementara itu, naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar dilapor akan mengambil portfolio kementerian sumber asli dan alam sekitar.

Baru Bian, wakil rakyat Selangau pula akan ditempatkan selaku menteri kerja raya.

Wakil rakyat Seputeh Teresa Kok turut berada dalam senarai itu, tetapi tidak pasti portfolio mana akan diterajuinya.

“Ia amat berguna bagi menteri pelancongan jika dapat berbahasa Mandarin, kerana pasaran pelancongan terbesar Malaysia adalah China,” kata sumber.

No comments

Loading...