Header Ads

Wan Azizah Menghadap Pemangku Raja Pahang


KUANTAN – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini sempena lawatan pertama beliau di negeri ini selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga sebelum itu tiba bersama-sama Pengerusi Parti Keadilan Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman di istana berkenaan pada pukul 3.05 petang sebelum meluangkan masa selama dua 20 minit bersama Tengku Abdullah.


Loading...

Turut sama dalam pertemuan tersebut termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminan Maimunah Iskandariah, anakanda putera dan puteri baginda serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Suriani Ahmad.

Wan Azizah yang ditemui selepas itu memaklumkan pertemuan itu adalah kunjungan hormat sempena lawatannya ke Pahang pada hari ini.

“Ada juga perbincangan dalam beberapa perkara tertentu terutamanya tentang beberapa projek kerajaan persekutuan yang ada di negeri ini . Selain itu perbincangan turut diadakan tentang usaha untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib yang ada di Pahang.

“Paling menarik dalam pertemuan tadi apabila Tengku Puan Pahang sendiri memaklumkan bahawa Pahang mempunyai satu produk yang begitu istimewa dan dekat di hati baginda iaitu Tenun Pahang yang dibantu dihasilkan oleh banduan (di Penjara Penor).

“Mungkin kita akan bantu untuk mengetengah serta mempromosikan lagi produk ini, namun ia masih dalam peringkat perbincangan awal,”katanya.

- Bernama

No comments

Loading...