Header Ads

[VIDEO] Lelaki Sweden Maut Disengat Obor-Obor Di Langkawi


ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Sweden maut dipercayai terkena sengat obor-obor ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu dekat Langkawi petang tadi.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa, Sohrabi Saeed, 60, maut beberapa minit selepas disengat hidupan laut itu.

Loading...


Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim, anggota polis dari Balai Polis Ayer Hangat menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu sebelum ke lokasi.

“Lelaki berkenaan meninggal dunia di Pantai Tanjung Rhu dipercayai terkena obor-obor.

“Mayat dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan mandi manda di pantai tersebut bersama beberapa anggota keluarga yang lain.

No comments

Loading...