Header Ads

[Video] Beg Mewah 'Bijan' Bukan Jenama Najib, Direka Pakar Iran


Kepakaran isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor tentang beg tangan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Malah melalui beliau, makin ramai orang Malaysia kini tahu nilai sebenar beg Birkin daripada Hermes, jenama terkemuka Perancis.


Loading...

Namun tumpuan beralih kepada jenama beg tangan rekaan khas, Bijan, apabila ia disebut dalam sidang media pegawai kanan polis Datuk Seri Amar Singh.

Jenama Bijan itu apa sebenarnya? Datang dari mana? Benarkah jenaka di media sosial, "Bijan" itu nama terbalik "Najib"?

Bijan bukan anagram daripada nama tokoh politik itu tetapi daripada butik House of Bijan, milik pereka tersohor asal Iran Bijan Pakzad.

House of Bijan disifatkan sebagai "butik paling mahal di dunia".

Pakzad berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1973, sebelum menubuhkan butik eksklusif di Rodeo Drive di Beverly Hills, California tiga tahun kemudian.



Portal Huffington Post menyebut pelanggannya termasuklah Barack Obama, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Arnold Schwarzenegger.

Dijual pada 2016 kepada kumpulan LVMH, laporan itu menyebut pelanggan mesti menetapkan temu janji terlebih dulu untuk masuk ke butik.

No comments

Loading...