Header Ads

Loading...

'Usir Warga Asing Dari Rumah PPR, Atau...'

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin - Foto: Malay Mail

PUTRAJAYA: Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada penyewa warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah.

Jelasnya, tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di bawah Kementerian di seluruh negara, lapor Astro Awani.

Loading...


"Yang memiliki atau menyewa premis-premis rumah yang dibina oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) khususnya PPR, kita beri masa tiga bulan untuk pemilik rumah mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.

"Tiga bulan dari sekarang, kalau mereka gagal, penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan rumah-rumah PPR di bawah KPKT tidak lagi diduduki warga asing.

"Ini hanya permulaan… rumah-rumah yang dijaga di bawah KPKT. Kemudian kita akan beransur kepada perumahan di bawah sektor-sektor lain pula," katanya pada sidang media di KPKT di sini, siang tadi.

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang ditinggal terbiar selepas tragedi tanah runtuh 25 tahun lalu.

Tapak berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan ia merisaukan penduduk di kawasan itu, katanya.

"Kita juga akan mewujudkan jawatan khas untuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) bagi mengambil balik tanah dan mengelola semula rumah yang telah runtuh di kawasan Highland Towers.

"Saya akan lihat bagaimana kita boleh teruskan pembangunan di situ agar harga nilai tanah di kawasan itu tidak terus terjejas oleh tragedi Highland Towers," katanya.

No comments

Loading...