Header Ads

Loading...

Untung juga ada 'kening tutup dahi'!


SEORANG gadis tular di media sosial negaranya gara-gara keningnya yang tebal.

Tujuh tahun lalu, semasa menaiki bas di Yakutsk, Republik Sakha di Rusia, Anzhelika Protodyakonova menarik perhatian penumpang lain yang asyik melihat keningnya yang tebal.

Loading...

Salah seorang penumpang dalam bas itu telah mengambil gambarnya dan menyiarkannya di internet, yang mana ia kemudian tular.

Protodyakonova tidak lama kemudian dikenali sebagai 'Bushy Angie'.

Dia pada mulanya mengaku malu dengan foto itu tetapi terpaksa berdepan dengan populariti baharu, malah berjaya meneruskan kehidupan sebagai blogger fesyen.



Gambar Protodyakonova bahkan tersebar di sempadan negara dan beberapa blogger fesyen terkenal terinspirasi untuk meniru wajah peliknya, malah ada yang memberi tutorial untuk orang lain melakukannya.

Melihat dunia begitu mengagumi keningnya, Protodyakonova memutuskan untuk melangkah lebih jauh.

Dia mula menjadikan keningnya lebih besar, sehingga menutupi seluruh dahi.


Orang ramai nampaknya dapat menerimanya apabila pengikutnya di media sosial semakin ramai dan dia mula dijemput ke pelbagai program televisyen. Keningnya telah membuatkan dirinya menjadi bintang.

Kening Protodyakonova yang besar, yang mana beberapa sumber mendakwa ia adalah ilham permainan video Angry Birds bagaimanapun masih relevan sekarang.

Gadis ini mempunyai lebih dari 90,000 pengikut di Instagram dan dilaporkan mampu menyara dirinya hanya dengan menyiarkan foto-foto baharu keningnya dan mengiklankan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan di akaun media sosialnya.

-mstar online

No comments

Loading...