Header Ads

Umno Tinggal 52 Kerusi, MP Bukit Gantang Pula Umum Keluar Parti

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi pemimpin terbaru yang keluar dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah melihat tiada kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Katanya, beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti dalam PH, lapor FMT lagi.

“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada timbalan saya.

Loading...


“Saya akan beri tumpuan sebagai ahli Parlimen bebas tanpa sebarang gangguan. Saya akan teruskan perkhidmatan kepada pengundi selagi saya mampu,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini.

Keputusan itu menyebabkan Umno kini hanya mempunyai 52 ahli Parlimen, selepas ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar BN, Ahad lalu, dan menyokong Pakatan Harapan (PH) serta Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Kini, Umno hanya mempunyai 8 kerusi Parlimen di Perak berbanding 10 kerusi yang dimenangi bulan lalu.

Syed Abu Hussin berkata, harapan melihat jentera yang membantunya kekal bersama musnah apabila ada pemimpin yang tidak mendapat tempat dalam pucuk pimpinan bahagian itu.

“Saya sudah melepaskan badi kekalahan selama 10 tahun dan saya mengadakan mesyuarat meminta jentera yang membantu kekal bersama saya dalam saf kepimpinan.

“Malangnya, pada minggu lepas apa yang saya harapkan hancur, di mana pertandingan Pemuda Umno bahagian melihatkan kehancuran Pemuda. Dua wakil rakyat tidak mendapat tempat dalam saf kepimpinan.”

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 4,089 undi selepas menewaskan calon PAS dan PPBM.

Kali terakhir BN memenangi kerusi Bukit Gantang ialah 2004 melalui calon Gerakan, sebelum ditawan PAS selama 2 penggal.

No comments

Loading...