Header Ads

Loading...

Ular bertarung

ULAR tedung selar (kiri) menelan ular rusuk kerbau di bawah almari pakaian.

Kuala Kubu Bharu: Seorang suri rumah yang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa tergamam apabila dua ular berlainan spesies memasuki rumahnya di Taman Serendah Makmur, Serendah, di sini.

Loading...

Kejadian jam 7 malam semalam, disedari mangsa, Nor Hafizah Asri, 27, yang terkejut apabila menemui ular tedung selar dan ular rusuk kerbau berada di dalam bilik di kediamannya.

“Saya terkejut melihat ular sepanjang tiga meter berwarna gelap dan satu lagi ular berwarna kekuningan di dalam bilik itu.

“Saya segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor, Leftenan Mansor Ab Rasid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7.10 malam.

Menurutnya, empat anggota APM dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi sebelum berjaya menemui ular tedung selar yang sedang menelan seekor ular lagi di bawah almari pakaian.


“Walaupun ular itu agak agresif, anggota kami berjaya menangkapnya dalam tempoh 3 minit. Ular tedung selar itu akan dilepaskan ke habitat asal di dalam hutan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang awam supaya lebih berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan reptilia itu mencari tempat sejuk untuk berlindung.

-mymetro

No comments

Loading...