Header Ads

Loading...

Ugut Bunuh Dr Mahathir, NGO Lapor Polis

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: NST

KUALA LUMPUR: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, tengah hari tadi.

Loading...


Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang menggunakan nama 'Ayahanda Fadzley Mohd Yusof' itu jelas menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan persatuan NGO dalam ugutan itu.

NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.

“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.

Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabi, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan keharmonian negara ini.

-Bernama

No comments

Loading...