Header Ads

Tunggakan RM9.3 Juta, SESB Dijangka Potong Bekalan Elektrik 1Borneo


KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dijangka akan memotong bekalan elektrik Kompleks 1Borneo Hypermall (1Borneo) di sini pada Rabu ini.

Tindakan tersebut diambil ekoran kegagalan pihak pengurusan pusat beli-belah itu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah kini mencecah  RM9.3 juta, lapor Kosmo.


Loading...

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Mohd. Yaakob Jaafar berkata, jumlah bil elektrik terbabit telah tertunggak selama setahun.

"Bagaimanapun, tindakan (pemotongan) ini tidak akan dilaksanakan sekiranya pihak pengurusan 1Borneo membuat bayaran selewat-lewatnya esok.

"Pelunasan tunggakan ini akan tetap dituntut memandangkan perbincangan dan notis telah pun diserahkan beberapa kali sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tindakan memotong bekalan itu adalah termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

No comments

Loading...