Header Ads

Loading...

Tun Mahathir tak sindir KJ, tapi cabar


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Khairy Jamaluddin layak menjadi Presiden Umno.

Loading...

Syed Saddiq berkata, kenyataan Pengerusi Bersatu itu bukan sindiran sebaliknya cabaran kepada Khairy untuk bertanding jawatan tertinggi Umno tersebut.

“Secara jujurnya saya rasa itu bukan sindiran kerana saya tengok video kenyataan Tun itu. Saya tahu kalau beliau sindir, cara cakap dan senyum pun lain.

“Saya rasa itu cabaran kepada Khairy. Kalau beliau nak terima atau tidak, itu hak beliau,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir menamakan Khairy sebagai calon layak menjawat jawatan Presiden Umno berikutan keadaan terkini parti itu yang dalam keadaan kucar-kacir.


Bagaimanapun, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menganggap Mahathir hanya menyindirnya.

Syed Saddiq berkata, beliau sendiri turut berpandangan Khairy sepatutnya sudah lama bertanding jawatan Presiden Umno.

-sinar harian

No comments

Loading...