Header Ads

'Tun M Itu Dah Macam Ayah' – Adnan


KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Pahang yakin kerajaan pusat akan bertindak adil terhadap negeri itu meskipun wujud perbezaan politik.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, konsep itu selaras sepertimana amalan kerajaan sebelum ini, lapor Sinar Harian.

Loading...


"Macam kita menjadi kerajaan persekutuan kita bantu juga Selangor, Pulau Pinang  dan Kedah. Pakatan Harapan ini kerajaan persekutuan pilihan rakyat begitu juga kita di Pahang jadi tak ada sebab kita nak gaduh.

"Kita percaya Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad bukan orang baru beliau orang lama, dia macam ayah kita,  kalau saya dengan Tun M macam ayah," katanya dalam sidang media di Hotel Pasifik di sini hari ini.

Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai persaingan dalam pemilihan parti Umno pada 30 Jun ini, Adnan berkata, pertandingan itu akan menjadi 'biasa-biasa' sahaja.

"Saya tengok tidak sengit sebab tak ada benda nak rebut, menang jadi presiden parti bukan boleh jadi perdana menteri.

"Sebenarnya bila kita bertanding ini, kita kena pikul tanggungjawab yang sangat berat," katanya.

No comments

Loading...