Header Ads

Tular foto sedih, abang usap dahi adik sebelum meninggal dunia


SEORANG bapa telah berkongsi foto menyayat hati yang tidak sepatutnya dilalui oleh seorang abang.

Dalam gambar itu, budak lelaki berkenaan, Jackson, 6, dari Arkansas, AS, sedang mengucapkan selamat tinggal kepada adik perempuannya yang menunggu ajal akibat kanser.

Loading...

Adalynn Joy Sooter (Addy), 4, didiagnosis dengan Diffuse Intrinsic Pontene Glioma (DIPG) pada November 2016 apabila doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada tulang di otaknya.

Setahun setengah selepas diagnosis, Addy menunjukkan gejala semakin buruk.

Dalam gambar tersebut yang tular, Addy dilihat memegang sebelah tangan Jackson, sambil sebelah lagi tangan Jackson mengusap dahi adiknya.

Pada 3 Jun, bapa Addy, Matt Sooter menulis di Facebook menyatakan gejala-gejala itu telah berkembang dengan pesat sejak beberapa hari.

"Semalam, dia terbangun untuk bermain-main. Dia sudah tidak boleh makan atau menelan tanpa kesukaran dan kini dia tidur hampir sepanjang masa dan kami meletakkannya di bawah penjagaan pesakit.

"Kemungkinan besar dia tidak mempunyai banyak masa lagi," katanya.

Tulisan itu diiringi dengan gambar abang Addy sedang menghiburkannya beberapa jam sebelum kehidupannya berakhir.

"Seorang budak lelaki tidak sepatutnya mengucapkan selamat tinggal kepada adik perempuannya, rakan sepermainan dan sahabat baiknya, bukan ini yang sepatutnya berlaku tetapi inilah saat paling menyayat hati dalam dunia ini," tulisnya.


Bapa Addy kemudian memuat naik posting pada 4 Jun menyatakan bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia pada 3 Jun.

"Kami merinduinya, tetapi gembira dia tidak lagi bergelut atau sakit."

Otak dan tulang belakang Addy disumbangkan untuk penyelidikan saintifik dengan harapan ia dapat menyelamatkan kanak-kanak lain pada masa depan dari pada menerima nasib yang sama. -Newshubb

No comments

Loading...