Header Ads

Loading...

Tragedi pilu menjelang 1 Syawal

KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan dengan motosikal di Jalan Baru Kupang-Grik berdekatan Kampung Tiak di Baling, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca

EMPAT maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Baru Kupang-Grik berdekatan Kampung Tiak di Baling, hari ini.

Loading...

Dalam kejadian pada 2.30 petang itu, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Toyota Vios dan anaknya yang duduk di tempat duduk penumpang depan, manakala dua lagi mangsa adalah penunggang serta pembonceng motosikal.

Mangsa dikenali sebagai Norazizi Kamaludin, 34, bersama anaknya Mohd Ammar, 4, maut di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa yang meninggal dunia masih belum dapat dikenal pasti identitinya.

Difahamkan, ketika kejadian Norazizi sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga di Kampung Gua Reban, Kupang.


Isterinya Norhafizah Md Isa, 33, tidak cedera, namun trauma manakala seorang lagi anak mereka Nur Amira, 2, parah dan dirawat di Hospital Baling.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat.

-mymetro

No comments

Loading...