Header Ads

Tindakan Ke Atas Abdul Taib Jika Ada Laporan – PM


JAKARTA: Tindakan ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud mengenai salah laku beliau hanya akan diambil jika terdapat laporan ke atasnya, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, sehingga kini belum ada sebarang laporan dibuat oleh rakyat Sarawak ke atas Abdul Taib yang dikatakan melibatkan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Loading...

“Bagi kami untuk mengambil tindakan mesti ada laporan daripada seseorang, sehingga saat ini terdapat banyak yang diperkatakan, tetapi tidak ada sebarang laporan yang diterima.

“Jadi, kami belum mengambil sebarang tindakan, tetapi jika rakyat Sarawak mahu kami mengambil tindakan, mereka boleh membuat pertuduhan atau aduan dan kami akan meneliti laporan mereka,” katanya dalam sesi soal jawab bersama 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.

Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjawat jawatan berkenaan dari 1981 hingga 2014.

Antara tuduhan yang dikaitkan termasuk salah guna kuasa, rampasan tanah dan menerima sogokan.

Pada Februari, Abdul Taib menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara,

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.

- UTUSAN ONLINE

No comments

Loading...