Header Ads

Tiga maut nahas dua lori, sebuah bas di Pagoh


MUAR: Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah bas ekspres  di KM142.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Pagoh di sini, Ahad.

Loading...

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail berkata mereka yang meninggal dunia adalah pemandu bas ekspress itu dikenal pasti sebagai Shuaib K.K Mohamed Unny, 50, manakala dua lagi adalah penumpang bas yang masih belum dikenal pasti identiti  mereka.

"Seorang lagi pemandu dan 25 penumpang bas ekpress itu selamat, pemandu lori treler dan lori tangki yang terlibat dalam kemalangan sama juga selamat. Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan. Mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan di sini, Ahad.


Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.08 tengah hari dan operasi menyelamat tamat pada pukul 2.10 petang tadi.

Katanya 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat  Muar, dan 10 anggota  bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir terlibat dalam operasi itu.-- Bernama

-mstar online

No comments


Loading...