Header Ads

Tiada Lagi Kuasa, Pemuda Umno Mesyuarat Bawah Khemah


KEPALA BATAS ― Tidak lagi memegang kuasa sebagai pemerintah, persidangan Pemuda Umno di sini terpaksa diadakan bawah khemah.

Bekas ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata biarpun bukan di dewan, semangat setiap anggota tetap utuh, lapor Sinar Harian.


Loading...

“Sebelum ini kita boleh bermesyuarat di ILP, di SM Sains Kepala Batas, tapi kita tak guna dewan-dewan ini sebab kita tidak ada kuasa, Hotel Seri Malaysia pula ada orang tempah awal, Penang Golf Resort kita beri laluan kepada kakak-kakak kita iaitu Wanita,” kata Nordin Wahab.

Menurut beliau, pilihan raya bulan lalu merupakan tragedi besar kepada Umno hingga hilang segala-galanya.

Ujar Nordin, ia menjadi ingatan buat semua dan perkara itu sudah beliau utarakan suatu ketika dulu.

No comments

Loading...