Header Ads

Tabung Harapan kini RM92.1 juta


LEBIH RM92.1 juta dikumpul oleh Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) setakat 3 petang, hari ini .

Loading...

Jumlah sumbangan RM92,108,427.94 diumumkan melalui laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

-mymetro

No comments

Loading...