Header Ads

Tabung Harapan Cecah Lebih RM100 Juta


Kutipan Tabung Harapan Malaysia bagi membantu ekonomi negara kini telah melebihi RM100 juta.

Sejak dilancarkan Tabung Harapan Malaysia mendapat sambutan hebat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang untuk membantu membayar hutang negara yang melebihi 1 trilion.


Loading...

Melalui Facebook rasmi, Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia kini telah mencecah RM108,215,946.39, berbanding lebih kurang RM92 juta semalam.

"Terima kasih rakyat Malaysia," kata kementerian itu lagi di media sosialnya sebentar tadi.

Tabung itu diperkenal bagi membolehkan orang ramai menyumbang dana bagi membantu ekonomi negara. – Malaysian Update

No comments

Loading...