Header Ads

SPRM Serbu Apartmen Jho Low



Unit pangsapuri yang dikaitkan dengan Low Taek Jho di Kuala Lumpur diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pangsapuri milik ahli perniagaan itu, kini berada di China atau taiwan, diserbu selepas suruhanjaya tersebut menerima maklumat, lapor The Star yang memetik sumber.

Sumber lain portal berita itu pula berkata tiada bahan penting ditemui dalam serbuan tersebut.

Mengikut laporan media awal bulan ini, SPRM sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap hartawan yang dikaitkan dengan 1MDB.

No comments

Loading...