Header Ads

SPRM Selesai Soal Siasat Rosmah Selepas Lebih 5 Jam


PUTRAJAYA, 5 Jun —  Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Rosmah, yang tiba dengan kereta Mercedes-Benz pada 10.43 pagi tanpa polis pengiring, dilihat meninggalkan perkarangan bangunan SPRM pada 3.44 petang.


Loading...

Beliau yang berpakaian baju kurung berbunga berwarna biru dan bertudung merah beredar keluar tergesa-gesa dari bangunan SPRM itu tanpa mempedulikan pertanyaan  puluhan wakil media yang meminta beliau memberi komen mengenai keterangannya kepada SPRM.


Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran, berkata anak guamnya memberi kerjasama penuh dan baik ketika memberi keterangan lebih tiga jam kepada SPRM.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.  — Bernama

No comments

Loading...