Header Ads

Loading...

SPRM Rampas Ferrari, Mercedes, Mini Cooper RM3 Juta


KUALA LUMPUR, 3 Jun ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas lima kenderaan bernilai RM3 juta berhubung rasuah dua pegawai polis.

Kenderaan itu ditemui di beberapa lokasi, dari bengkel di Sunway, Petaling Jaya dan berakhir di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, lapor Malay Mail.

Loading...


Rampasan Ferrari, Mercedes Benz, Mini Cooper, BMW dan motosikal BMW ini berhubung siasatan terhadap anggota Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). 

Khamis lalu, seorang asisten komisioner (ACP) dan asisten supritenden (ASP) ditahan di bengkel kereta di Sunway dengan wang tunai RM341,000.
“Kenderaan ini dimiliki seorang ACP yang bertugas dengan STAGG di Bukit Aman, dan kami menganggarkan nilainya kira-kira RM3 juta,” kata sumber itu kepada Malay Mail.

Siasatan di sebuah unit kondominium mendapati sejumlah wang tunai lagi,  dianggarkan RM400,000 hingga RM700,000. Kira-kira RM225,000 wang tunai ditemui di Pulapol.

“Penyiasat masih meneliti kes ini dan ada kemungkinan lebih banyak wang tunai dan hartanah dapat dirampas,” kata sumber lagi.

No comments

Loading...