Header Ads

'Sombong Melampau' Masa Berkuasa Punca Umno Ditolak, Kata Nong Chik

Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR, 23 Jun ― Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyarankan pemimpin Umno supaya bermuhasabah diri jika mahu memenangi semula hati rakyat.

Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata sikap bongkak pemimpin merupakan punca parti itu ditolak dalam pilihan raya bulan lalu.


Loading...

“Kita kena cermin diri kita. Memang ada fitnah, saya pun difitnah tetapi disebabkan sikap kita, rakyat mudah percaya fitnah itu,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

“Sebab sikap kita sendiri, apabila berkuasa kita jadi sombong dan kesombongan itu melampau, kita menjadi contoh (gambaran rakyat terhadap) Umno,” tegas beliau ketika berucap di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Pada pilihan raya lalu, Umno hanya menang 54 kerusi daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi BN.

Mesyuarat perwakilan wanita, pemuda dan puteri Umno berlangsung serentak hari ini untuk 191 bahagian di seluruh negara.

No comments

Loading...