Header Ads

Loading...

Skandal RM9.4b Babitkan 1MDB, Jho Low Dikesan



PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mendedahkan menemui satu lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skandal itu membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang mana sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja yang sudah siap dilakukan, lapor Berita Harian.

Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

"Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

"Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan," katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, sebentar tadi.

No comments

Loading...