Header Ads

Skandal 1MDB: Tiada siapa akan terlepas atau dilindungi


PUTRAJAYA - Tommy Thomas akan memberi keutamaan kepada tiga perkara dalam menggalas tugasnya sebagai Peguam Negara yang baharu.

Loading...

Bercakap kepada pemberita ketika melapor diri hari pertama di Jabatan Peguam Negara hari ini, tiga perkara yang akan difokuskan itu termasuk berkaitan skandal 1MDB.

“Saya akan mengkaji kertas siasatan berkaitan skandal 1MDB sama ada membabitkan kesalahan berkaitan jenayah dan sivil.

Tiada siapa akan terlepas atau dilindungi,” tegasnya.

Selain itu beliau juga akan memansuhkan undang-undang yang menindas termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 serta menyemak semula tindakan pentadbiran terdahulu dalam pelaksanaan kontrak antarabangsa yang bertentangan dengan keperluan negara.


Beliau turut memberi jaminan akan menghapuskan pendakwaan secara terpilih sebaliknya semua pihak akan dilayan secara sama rata.

Tommy Thomas berkata beliau berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan perdana menteri.

Surat lantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara berkuat kuasa pada 4 Jun itu diterima pagi tadi secara kontrak selama dua tahun.

-sinar harian

No comments

Loading...