Header Ads

Loading...

Siti temui Majlis Penasihat Kerajaan


PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tiba di Menara Ilham sebentar tadi untuk bertemu Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).

Loading...

Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka untuk memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.

Penyanyi berusia 39 tahun itu tiba berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair.

MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.

Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.


Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi

-mymetro

No comments

Loading...