Header Ads

Siti Kasim Ditahan Polis, Dakwaan Culik Gadis


Siti Kasim ditahan awal pagi tadi kerana didakwa menculik gadis berusia 24 tahun.

Pihak polis mengambil Anis Izzatty Ruslan dari rumah Siti malam tadi selepas gadis berkenaan bermalam di rumah peguam itu sejak Khamis lepas.

Difahamkan polis mendakwa Anis mengalami gangguan mental dan sudah membawanya ke hospital.

Loading...


Semasa Siti mahu berjumpa Anis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, peguam itu ditahan di bawah Seksyen 363 Kenun Keseksaan dan Seksyen 186 kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Mereka mahu menahan saya berdasarkan laporan polis yang dibuat ibunya mendakwa saya menculik anaknya,” katanya menerusi video di Facebook.

Dalam satu video berasingan, dua wanita mendakwa ibu saudara Anis berkata gadis berkenaan didera secara mental dan fizikal.

Pengurus program Sisters in Islam (SIS) Shareena Sheriff berkata Anis meninggalkan rumahnya di Putrajaya Januari lalu semasa tinggal bersama ibunya.



Selepas ditempatkan sebulan di rumah perlindungan, Anis mendapat kerja di firma guaman dan memulakan kehidupan sendiri.

“Bagaimanapun, ibunya membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa mental anaknya tidak stabil dan akidahnya menjadi persoalan,” coret Siti di Facebook pada Khamis.


No comments

Loading...