Header Ads

Loading...

Siti Hasmah: 'Kembali Bangga Jadi Rakyat M'sia Selepas 9 Mei'


Sebelum pilihan raya umum ke-14, banyak pemimpin Pakatan Harapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia di luar negara malu untuk mengakui dari mana mereka berasal, kerana banyak skandal yang menyelubungi negara.

Tetapi menurut Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia kini boleh sekali lagi berbangga dengan negara mereka selepas pilihan raya umum pada 9 Mei.

Secara global, katanya, orang ramai mengagumi Malaysia pada masa ini.

Loading...


"Malah, bukan rakyat Malaysia di luar negara pun bersorak bersama dengan rakyat Malaysia apabila kita menang pilihan raya kerana mereka berasa sangat gembira." katanya.

Kini, katanya, mereka boleh mengangkat kepala dengan penuh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Dr Siti Hasmah menegaskan demikian semasa wawancara dengan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Beliau turut menyuarakan kekagumannnya terhadap usaha rakyat Malaysia memulakan kutipan derma selepas kerajaan baru Pakatan Harapan mengumumkan bahawa hutang dan liabiliti negara berjumlah hampir RM1 trilion.

Ini akhirnya menjadi asas kepada penubuhan Tabung Harapan Malaysia. Setakat jam 3 petang semalam, Tabung Harapan telah mengumpul RM35,772,017.10.



Malah, Siti Hasmah mendedahkan bahawa rakyat biasa telah menulis surat kepada Dr Mahathir. dengan melampir wang untuk membantu membayar hutang negara.

"Mereka melampirkan RM10, RM50, RM100 bersama surat mereka untuk membantu membayar hutang. Di mana anda boleh temui semua ini di tempat lain di dunia?" Katanya.

Menurut Dr Siti Hasmah, rakyat Malaysia juga boleh berbangga kerana mempunyai timbalan perdana menteri wanita pertama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, Wan Azizah sangat berkemampuan, kerana dia juga seorang doktor, seperti Dr Mahathir dan dirinya sendiri.

"Beliau seorang doktor mata, jadi beliau tentunya mempunyai visi yang baik untuk masa depan," kata Siti Hasmah berseloroh.

- Malaysiakini

No comments

Loading...