Header Ads

Sirul Utus Surat Pada Dr Mahathir: Sedia Dedah Kes Bunuh Altantuya


Menurut bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaaribuu, telah menulis sepucuk surat peribadi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sirul mengulangi kesediaannya untuk mendedahkan segala-galanya mengenai kes itu. Khairuddin mendedahkan mengenai pertemuan tersebut menerusi satu tulisan di Facebook beliau:

Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!

Loading...


Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.

Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini.

Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!

Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah!!

Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!!

Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada yab perdana menteri malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.



Beliau yang pernah bertugas sebagai salah seorang anggota pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.

Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang mampu membela kalangan yang teraniaya!!

Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia sejagat!!

Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam sesama manusia!!

No comments

Loading...