Header Ads

Loading...

Singapura: Interpol Keluar Waran Tangkap Jho Low Sejak 2016


Waran tangkap Low Taek Jho, berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sudah dikeluarkan sejak Mei 2016, kata pihak berkuasa Singapura.

Ia juga mengeluarkan arahan kepada badan polis antarabangsa Interpol pada Oktober tahun itu untuk menjejak ahli perniagaan tersebut.


Loading...

“Atas permintaan Singapura, Interpol mengeluarkan notis merah untuk Low Taek Jho dan Tan Kim Loong pada Oktober 2016, yang disyaki melakukan jenayah di Singapura tetapi tidak dapat dikesan di sini,” kata tiga badan penguatkuasa republik itu dalam kenyataan bersama hari ini.

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai individu bernama Tan.

Portal Malaysiakini melaporkan ia nama lain bagi Low, sementara akhbar niaga tempatan The Edge menyatakan nama itu rakan dekat Low.

Negara-negara anggota Interpol, termasuk Malaysia, pasti tahu tentang notis merah tersebut apabila ia dikeluarkan secara rasmi waktu itu.

Singapura menegaskan ia tidak bertolak ansur terhadap institusi dan individu yang disyaki terlibat dengan skandal 1MDB di republik tersebut.

- Malay Mail

No comments

Loading...