Header Ads

Siapa ‘Orang’ Dr Mahathir Ambil RM10 Juta Duit Najib?


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa salah seorang ‘orang’ Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengambil wang tunai RM10 juta daripadanya untuk kegunaan PRU13.

Beliau menggambarkan, ‘orang’ itu sebagai seorang ‘pembantu’ yang sangat dipercayai Dr Mahathir, Najib berkata, duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Loading...


Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan yang merupakan bekas perenang negara namun menurut Malaysiakini, pihak mereka tidak menamakannya sehingga individu itu dapat dihubungi.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,” tambahnya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...