Header Ads

Semua Pemimpin PKR Wajib Setia Kepada Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA - Semua ahli Parlimen dan Adun PKR diingatkan agar memberi sepenuh kesetiaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gesaan ini dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seluruh kepimpinan parti itu agar memberi kesetiaan teguh kepada Mahathir seperti mana komitmen beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Amanat Anwar ini disampaikan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Loading...


Saifuddin berkata, Anwar mengingatkan ahli Parlimen dan Adun PKR yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan dan negeri menumpahkan kesetiaan kepada perdana menteri kerana beliau sedang memikul tanggungjawab yang berat dan besar.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail

"Semua pemimpin PKR sama ada peringkat negeri dan persekutuan digesa agar memberi sokongan teguh kepada Mahathir kerana tanggungjawab yang digalasnya sebagai perdana menteri sangat berat.

"Anwar selaku Ketua Umum PKR dan Wan Azizah sebagai Presiden PKR memberi sokongan penuh kepada Mahathir," katanya ketika sidang media selepas majlis pertemuan  khas Anwar Ibrahim bersama wakil rakyat PKR.


Menurut Saifuddin, Anwar menyarankan Ahli Parlimen dan Adun PKR agar mengambil sikap serta pendirian sama kerana tugas dan tanggungjawab Mahathir suatu tugas yang berat.

"Perkara ini penting bagi membolehkan Mahathir menjalankan tanggungjawab dengan lebih tenang dan efektif.

"Kita tidak mahu timbul sebarang perkara yang boleh menganggu perjalanan kerajaan," katanya.

Hari ini seramai 48 Ahli Parlimen PKR hadir kecuali Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri  Mohamed Azmin Ali yang mengerjakan umrah  dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ke Estonia menghadiri urusan rasmi kerajaan.

- Sinar Harian

No comments

Loading...