Header Ads

Sekali-sekala akan diterjemah ke bahasa Mandarin - Lim


MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan kenyataan media rasminya di bawah Kementerian Kewangan sememangnya dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.

Loading...

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Adalah tidak benar dakwaan bahawa bahasa Mandarin telah menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan dan ini boleh dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan. 

“Kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.


“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris ataupun sekali-sekala dalam bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Mandarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

No comments

Loading...