Header Ads

Loading...

Samy Vellu Stabil Di IJN


PUTRAJAYA - Bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara  (IJN) apabila dimasukkan ke hospital itu selepas muntah tengah hari tadi, menurut Setiausaha Akhbarnya Datuk E Sivabalan.

Beliau berkata, Samy Vellu, 82, akan diletakkan di bawah pengawasan doktor selama beberapa hari sehingga keadaan kesihatanya kembali pulih.

Loading...


"Tun datang ke pejabatnya di KL Sentral selepas menghadiri majlis keluarga yang diadakan di rumahnya hari ini. Kemudian dia muntah  semua makanan yang dimakannya sebelum itu dan saya menghantarnya ke IJN untuk melakukan ujian lanjut. Doktor telah melakukan semua ujian yang sepatutnya.

"Saya dapat beri jaminan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Keadaan beliau kini baik. Beliau hanya perlu berehat," katanya hari ini.

Beliau mengulas mesej yang tular di media sosial media bahawa Samy Vellu mengalami serangan jantung.

Sivabalan berkata keluarga Samy Vellu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya supaya cepat sembuh dan mereka yang menghubungi untuk bertanyakan keadaan kesihatan Duta Khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan Asia Selatan itu. - Bernama

No comments

Loading...